Khazanah Melayu : TAMADUN MELAYU SEBELUM DAN SESUDAH KEDATANGAN ISLAM

Dabo (LINGGAPOS) – Ekonomi dan Perdagangan telah wujud dengan negara luar. Adapun barang-barang yang didagangkan ialah rempah ratus, dan hasil-hasil hutan. Bijih timah hanya berkembang pada abad ke-18l. Jika masyarakat melayu dapat diselami melalui hasil karya seni mereka. Keindahan seni pengucapan bahasa Melayu seperti peribahasa, pantun dan sebagainya menyatakan hal masyarakat Melayu yang suka berkilas ibarat untuk menyatakan hasrat dan perasaan. Elemen teguran dan pengajaran, peringatan dan teladan adalah pernyataan moral yang tidak dilakukan secara keras dan pemaksaan, tetapi disampaikan secara lembut bersahaja dengan menggunakan peribahasa, pepatah-pepitih, berkias ibarat dan dengan berpantun.

Seni persembahan masyarakat melayu pula menampilkan Makyong, tari gamelan, tarian inang dan lilin, tarian dabus, seni silat dan kuda kepang. Keluarga merupajan unit asas dalam organisasi sosial dan pembentukan sebuah masyarakat. Jika dilihat dalam konteks mengajar seorang anak misalnya, ibu bapak Melayu menggunakan beberapa kaedah seperti menegur dan memberi nasihat, menakut-nakutkan anak atau dengan merotan tetapi tidak mencederakan. Apabila anak-anak meningkat remaja, kaedah teguran dan nasihat lebih digunakan dan bagi orang melayu, teguran ini dilakukan sepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah dewasa.

Masa Depan Tamadun Melayu Islam

Tamadun Melayu

Hasil Karya pujangga Melayu dapat perhatian khusus dari mancanegara

Satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosial budaya yang dikuasai oleh perusahaan-perusahaan multinasional bagi mewujudkan satu keadaan dimana setiap negara didunia ini tidak lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan terbuka.

Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap negara didunia. Ekoran daripada ini juga pelbagai aspek budaya, jati diri dan  pemikiran masyarakat Melayu telah ‘melebur’ kedalam satu budaya global yang berteraskan tekonologi. Diantara perkara budaya jati diri Melayu yang menerima kesan daripada globalisasi ini ialah : bahasa melayu, seni budaya, agama Islam, perpaduan melayu, sosial, ekonomi dan politik. Langkah-langkah pengukuhan jati diri Melayu dapat dilakukan dengan cara adanya sikap positif kearah mensejahterakan bangsa orang Melayu kembali kepada agama Islam serta penumpukan jati diri Melayu itu perlu diberi perhatian kepada generasi muda.

(kemilau melayu)

Kategori: KOLOM Tags: , , , , ,
Topik populer pada artikel ini: tamadun melayu, politik dan pemerintahan tamadun melayu sebelum kedatangan islam, gambar karya seni sesudah islam

Berikan Komentar

Kirim Komentar

Bookmark dan Bagikan

Lingga Pos © 2019. Hak Cipta dilindungi undang-undang. Powered by Web Design Batam.