Khazanah Melayu : Adat Resam Melayu ANTARA yang DITINGGALKAN dan MASIH DIPAKAI (2)

(LINGGA POS) – BERENDOI (NINA BOBO) : – Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di beberapa negeri serumpun Melayu. Nyanyian berendoi ini antara lain menggunakan Dendang Siti Fatimah dan liriknya berlainan dengan lirik daerah lainnya. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa lirik yang memuji junjungan Nabi Muhammad SAW. Menceritakan susah payah ibu mengandung sehingga melahirkan serta nasihat kepada anak.

Ada juga lirik-liriknya disesuaikan dengan keadaan masa itu, seperti nyanyian yang dibawakan dalam majelis berendoi ialah Tuhan Rabbul’alamin, Anak didalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.

MENCUKUR RAMBUT :

Selepas 7 hari persalinan, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, karena itulah harinya adat mencukur rambut kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur rambut ini antara lain,

Anak kecil atau bayi dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas tilam kecil.

Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa mumbang yang agak besar dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi sedikit air sejuk. Kelapa diletakkan didalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu. Biasanya, kelapa itu juga dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya. (km) bersambung …

Kategori: KHAZANAH MELAYU, KOLOM Tags: , ,
Topik populer pada artikel ini: khazanah melayu

Berikan Komentar

Kirim Komentar

Bookmark dan Bagikan

Lingga Pos © 2018. Hak Cipta dilindungi undang-undang. Powered by Web Design Batam.